Alhamdulillah. Baru-baru ini ana dapat berkumpul kembali dengan rakan-rakan yang lain. Begitu seronok sekali apabila dapat bersua muka dengan mereka. Apa yang paling membuat hati ana seronok ialah ketika melihat rakan ana bertemu dengan rakan baiknya. Subhanallah, begitu akrab sekali hubungan mereka. Ana kagum melihat mereka bertiga. Walaupun masing-masing dipisahkan oleh jarak jauh kerana komitmen untuk menimba ilmu, tetapi jarak tidak pernah merenggangkan ukhwah mereka. Andai saja ana dengan sahabat ana seperti itu. Jujur ana teringin mempunyai seorang sahabat baik seperti rakan ana yang lain. Seperti apa yang ana pernah kongsikan dulu, ana dengan sahabat ana sudah tidak rapat seperti dahulu lagi.
Allah telah berjanji bahawa semua makhluk di muka bumi ini akan kembali kepada-Nya jua. Ana selalu berdoa dan berharap agar hubungan ana dengan sahabat ana akan kembali seperti biasa sebelum ana kembali kepada Yang Maha Esa. Selepas hubungan ana dengan sahabat ana renggang, ana selalu bersendirian. Mungkin itu cara ana menenangkan fikiran. Mana tidaknya, ana di kelas duduk bersebelahan dengannya. Tiap-tiap hari di kelas ana perlu menahan peritnya hati ini apabila ana tidak diendahkan. Kalau mahu turun ke makmal, ana selalu berpura-pura mengemas buku kerana ingin menunggunya untuk pergi bersama. Tapi apa yang dia lakukan? Dia meninggalkan ana. Pergi begitu sahaja. Ana selalu menahan sebak. Dan tiap kali ana menahan tangisan dari menitis keluar, ana selalu merasakan sakitnya dada ini.
Sekarang ana selalu murung di sekolah bahkan di rumah. Adik ana selalu menyedari hal itu. Ibu ana tidak mengetahui masalah ini. Ana tidak mahu membuatnya sedih. Ana lebih rela pendamkan segala-galanya sendirian daripada melihat ibu serta keluarga ana bimbang dengan situasi ana. Ana hanya bercerita masalah ini dengan adik ana. Itupun tidak semua. Ana tidak mahu mengganggu pelajarannya dengan masalah ana. Ana sendiri tidak pasti kenapa ana jadi seperti ini. Tiap kali ana solat, ana menangis memikirkan masalah ini. Tiap kali ana sendirian, masalah ini datang dengan sendirinya dalam kotak pemikiran ana. Memang betul ana mempunyai sahabat lain. Tetapi ana tidak mahu membebankan diri mereka dengan masalah ana. Ana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Apa yang ana lakukan sekarang ini hanya mengadu segala-galanya kepada Allah.
Ana harap sekali sebelum ana kembali mengahadap Ilahi, ana dengan sahabat ana dapat menyelesaikan masalah ini agar semuanya kembali seperti sedia kala. Ana selalu merasakan umur ana tidak panjang. Ana selalu berharap apabila ana tiada nanti, khabar itu setidak-tidaknya dipandang sebagai perkara yang penting di mata orang-orang yang ana sayang. Ana berharap sangat mereka akan datang ziarah ana. Ana harap sangat mereka akan mendoakan ana. Ana teringin sekali mempunyai perasaan disayangi, diri ini dianggap penting..
Ya Allah, kenapa tiap kali ana memikirkan perkara ini, air mata ana akan mengalir. Apakah kerana ana takut perkara yang ana harapkan ini tidak akan terjadi?
Ya Allah, jika nanti ditakdirkan aku kembali kepada-Mu, biarlah ianya dalam keadaan husnul khotimah.
Ya Allah, jika nanti ditakdirkan aku meninggalkan orang-orang yang aku sayangi, semoga mereka akan mendoakan aku dan semoga mereka akan berada di sisiku. Setidak-tidaknya, itu boleh membuat aku bahagia untuk terakhir kalinya..
Ya Allah, semoga Engkau makbulkan doa hamba-Mu ini. Semoga Engkau memberi aku kebahagiaan setelah ujian yang kau beri. Sungguh aku akan sentiasa cuba untuk menerima manisnya ujian yang Engkau berikan.
Amin...
No comments:
Post a Comment