Saturday, 21 December 2013

Strength

Assalamualaikum semua..

Sudah lama ana tak berkongsi cerita, mencoretkan segala kisah hidup ana di sini. Selama setahun, sudah banyak perkara yang terjadi.

Pertama sekali,
awal bulan Januari, atuk kesayangan ana sudah meninggalkan kami semua. Pemergiannya begitu memberikan kesan yang amat besar dalam hidup ana. Sudah tiada lagi insan yang selalu menasihati ana dengan cara yang begitu berkesan. Tiada lagi gelak ketawa darinya. Walau bagaimanapun, ana tetap menggagahkan diri ana untuk terus berjuang, berusaha menjadi seorang insan yang berguna. Ana juga berjanji ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan impian arwah atuk untuk melihat ana berjaya dan mencapai cita-cita ana. InsyaAllah…

Alhamdulillah ana juga telah jujur dengan semua sahabat ana. Jujur mengenai segala yang ana pendam sendirian selama ini. Syukur sangat kerana mereka dapat menerimanya. Tetapi, ada juga perlakuan mereka yang menyinggung perasaan ana. Perlakuan yang seolah-olah mengabaikan ana sebagai seorang sahabat. Y, I, dan W… Mereka telah mula merahsiakan sesetengah perkara dari kami semua. Ana pun tidak faham kenapa mereka berkelakuan seperti itu. Ana cuba berbaik sangka kerana ana tidak mahu silaturrahim antara kami putus hanya disebabkan salah faham. Ana selalu bersabar.

Mereka telah buat group dalam WhatsApp hanya untuk mereka bertiga. Hanya untuk mereka menceritakan segala rahsia. Jadi, apa gunanya kami:sahabat-sahabat yang lain??? Ana sedih kerana perbuatan mereka. Y pula.. entahlah. Ana rasa seolah-olah dia bukan lagi sahabat yang ana kenal dulu. Dia telah mula berkawan dengan rakan yang lain. Bukan ana hendak menghalang dia untuk memulakan silaturrahim yang baru tetapi apakah wajar tindakannya itu sehingga melupakan kami yang sudah lama menjadi sahabatnya? Dia lebih mengutamakan mereka. Ana amat kecewa. Ana juga dapat merasakan bahawa dia cuba untuk bersosial. Cuba untuk menyesuaikan dirinya dengan mereka. Ana pun cuba. Ana cuba sebaik mungkin untuk bergaul dengan mereka. Menyesuaikan diri dengan mereka. Tetapi walau macam mana sekalipun ana cuba, ana masih tidak boleh.

Ana tidak boleh kerana ana tidak selesa dengan cara mereka. AJK dinner form 5 hari tu ada plan nak hangout together sebab duit dinner yang sponsor dulu ada lebih.  Mereka plan nak pergi Gambang. Apa yang mengejutkan ana, Y bersetuju. Ana tak cakap perkara itu salah. Tetapi bagi ana personally, ana tetap tak selesa sebab cara pergaulan mereka yang ana tak berapa selesa. Bagi ana, they are too exposed and open-minded. The words that they are using are also a bit harsh for me. Lagi satu, trip yang mereka rancang ini, ada pelajar lelaki yang ikut. Ana cuba berfikir yang maybe ada gunanya lelaki pergi, untuk jaga keselamatan pelajar-pelajar perempuan. Tetapi hati ana selalu menidakkan apa yang mereka lakukan. Sebab ana tak begitu percayakan lelaki-lelaki macam mereka. Because I know that some of them are couple. And I am too scared of what is going to happen. What I mean is cara pergaulan mereka. Ana bercakap seperti ini because I’ve seen them before. Jadi niat ana hanya nak mengelakkan diri ana daripada terlibat dengan situasi macam tu. Dan ana yakin, ibu dengan ayah ana pasti tidak mengizinkan ana.

Sekarang baru ana sedar, selama ini ana selalu rasa seolah-olah dikongkong. Ana pun pernah rasa yang I’ve always been treated like a child. Tapi, semua itu sebenarnya sebab mereka nak melindungi ana. Ana bersyukur sangat sebab dikurniakan ibu bapa yang prihatin seperti mereka. Now I realised that they just want the best for me. Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau telah mengurniakan mereka.

Dan sekarang ni ana dah habis SPM. Maybe lepas ini ana kerja dengan ayah ana sementara tunggu result keluar. Dan dalam masa yang sama ana cuba untuk memperbaiki diri ana untuk menjadi yang lebih baik. Mungkin ini adalah masanya untuk ana mencari semula diri ana yang sebenar yang sudah lama hilang sejak ana masuk sekolah menengah. Ya, ana amat merindui diri ana yang dulu.

Ana masih ingat dulu, balik dari sekolah ana akan selalu riuh. Kemana-mana ana pergi pun mesti ana akan senyum. Ana pun tak takut untuk bersuara. Pendek kata I am a happy-go-lucky person. Ana pun dulu mudah untuk menerima orang dalam kehidupan ana. Ana dulu berani untuk bercakap di hadapan orang. But now, I am just too scared to talk. Entah, mungkin sebab setiap kali ana nak bercakap sudah ada orang lain yang hendak bercakap atau bercakap untuk ana. And because of that I always think that maybe it is good for me to just listen daripada semua orang nak bercakap but no one there yang nak dengar. Kadang-kadang terusik juga dekat hati ana ini “Am I a good listener?”


InsyaAllah sepanjang tiga bulan cuti ini, ana akan cuba mencari diri ana yang sebenarnya. I don’t want to be scared anymore to go out there dan tempuh dunia luar. Ana nak beranikan diri ana untuk hidup di dunia luar sana yang cabarannya lagi besar berbanding zaman sekolah. I just need to find that strength. Dan sebagai permulaannya, the one and only strength yang tak akan meninggalkan ana dengan izin Allah is my family…

Sunday, 9 December 2012

Mutiara Kata

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harat terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan.

-Saidina Ali bin Abi Thalib

Impian dan Harapan


Assalamualaikum...

Ana cukup gembira kerana ana dengan 'Y' sudah berbaik semula selepas kami semua keluar baru-baru ini. Hari itu merupakan kenangan yang terindah untuk kami. Rakanku, 'I' menyambut ulang tahunnya yang ke-16 dan kami telah melakukan kejutan untuknya. Gembira sekali hati ini apabila dapat membahagiakan hati seorang rakan...

Pada hari itu juga, ana dapat menerangkan kepada 'S' masalah aku dengan 'MSI'. Mujur 'S' lebih percayakan ana berbanding lelaki itu. Ana tidak berniat langsung hendak memburukkan diri dia tapi apakah ana harus mempertahankan orang yang telah banyak kali menipu diri ana?? Ana harap sekali lepas ini ana dapat belajar dan hidup dengan tenang tanpa gangguan dia. Ana dah block his phone number and also his facebook account. Ana tak nak ada apa-apa lagi kaitan dengan dia. Nasib baik juga tahun depan dia dah tiada di sekolah lagi..Alhamdulillah.

Cakap mengenai tahun depan, ana tak sangka tahun depan ana akan menduduki peperiksaan yang amat penting, SPM. This exam akan menentukan masa depan ana. InsyaALLAH ana akan berusaha sekuat mungkin untuk berjaya. Ana ingin mencapai cita-cita ana untuk menjadi seorang doktor yang berjaya. Seorang pakar sakit puan yang berjasa kepada agama dan negara. Ana juga ingin membahagiakan orang yang ana sayang: nenek, atuk, ibu, ayah, dan juga menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik ana. InsyaALLAH ana akan berusaha agar tidak menghampakan mereka..


Tuesday, 20 November 2012

Wahai Sahabat, PULANGLAH...

Assalamualaikum... Sudah lama betul ana tidak menyapa blog ana. Mungkin kerana tugas sebagai seorang pelajar membuatkan diri ana agak sibuk. Ana rindu sekali untuk bercerita dan meluahkan segala-galanya di sini. Sepanjang 4 bulan ana tidak bercerita di sini, banyak perkara yang telah terjadi. Suka mahupun duka. Hari ini ana ingin bercerita semuanya untuk berkongsi dan menenangkan hati ana dari segala kekusutan yang melanda diri.

Kisah pertama yang ana ingin kongsikan tentu sekali mengenai sahabat ana yang ana kasihi kerana Allah. Hubungan ana dengan dia semakin lama semakin menjauh. Dia sibuk dengan halnya. Ana sibuk dengan hal ana. Dirinya juga telah banyak berubah. Ana seolah-olah tidak mengenali lagi dirinya. Segala tingkah lakunya bukan seperti sahabat ana yang ana kenal dulu. Kata-kata dan nasihatnya juga sekarang ini tidak lagi selembut dan semanis dulu. Kebanyakkan kata-katanya sedikit sebanyak mengiris hati ana ibarat belati yang tajam.. Alhamdulillah setiap nasihat baiknya dulu ana ikut. Tetapi ana semakin tidak mengerti apabila dia sendiri mendustai nasihat dan kata-katanya. Ana masih berpegang dengan kata-katanya agar lebih menjaga diri daripada mudah terbuai dengan rayuan lelaki. Tugas ana sebagai seorang pelajar adalah untuk menutut ilmu Allah. Dahulunya juga dia mengatakan tidak mahu lagi masuk campur urusan ana dengan sahabat lelaki ana. Sekarang lain pula jadinya. Dia lebih berpihak kepada lelaki itu. Dia juga sanggup melibatkan ibu ana dalam hal ini dengan memberi nombor ibu ana kepada lelaki itu tanpa pengetahuan ana dan juga ibu ana. Jujur, ana terkilan dengan kata-katanya. Akhirnya dia sendiri mengaku tindakannya. Ana cuba berbincang sebaik-baiknya dengan bertanyakan sebab dia melakukan seperti itu. Alasannya adalah untuk menjaga habluminannas antara kami. Dia juga minta maaf pada ana dan juga ibu. Ana maafkan dia kerana sebagai seorang muslim memaafkan seseorang itu lebih baik daripada menyimpan dendam yang tidak tahu arah titik noktahnya.. Walau bagaimanapun, apa yang diucapkannya bukanlah sebab bagi ana tapi ianya alasan. Dia, yang lebih banyak ilmu agama berbanding diri ana yang kerdil ini seharusnya lebih bijak dalalm membuat keputusan. Kalau betul dia ingin menjaga habluminannas antara kami, sepatutnya dia tidak melayan lelaki itu. Bukan maksud ana untuk memutuskan tali silaturrahim yang telah terjalin tetapi lelaki itu mempunyai maksud yang lain. Lelaki itu tidak menganggap ana hanya sekadar sahabat. Lelaki itu juga masih ingin membangkitkan masalah yang sememangnya sudah selesai. Sahabat ana itu sendiri sudah tahu perihal lelaki itu. Bukankah lebih baik mencegah lebih awal daripada berlaku zina??? Ana semakin tidak mengerti dengan tindakan yang dilakukan...

Alhamdulillah mujur ana masih lagi mempunyai sahabat-sahabat lain yang membantu ana. Mereka juga terasa hati dengan sahabat ana yang seorang ini. Satu perkara yang paling mengejutkan ana tentang dia ialah dia sudah berani bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Hal ini ana ketahui daripada sahabat ana, F dan M. Sepulangnya daripada latihan kawad, dia dan M menumpang F. Mereka telah menghantar dia terlebih dahulu. Sebelum keluar kereta, dia telah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bapa F. Rakanku yang lain juga terkejut dengan tindakannya. Apa alasan sebenar dia lakukan seperti itu? Kenapa dia sudah jauh berubah daripada dirinya yang dulu? Semenjak dia sudah mempunyai telefon bimbit yang baru juga, dia sudah lebih banyak bersosial. Dia sering online Facebook, Twitter dan WhatsApp. Selepas ana berbincang dengannya tentang tindakan memberikan nombor ibu ana itu, dia terus mengupdate status di twitter. KAta-katanya itu menguji kesabaran ana. Ana sedih sekali kerana dia sanggup berburuk sangka dengan ana sedangkan sebelum itu dia sudah bersedia untuk menerima sebang teguran..

Ya Allah, Engkau tolonglah berikan petunjuk kepada sahabat ana. Ana hormati dirinya kerana dialah merupakan salah satu pendorong untuk ana berubah kepada jalan yang lebih baik.. Ana tidak ingin dia tersasar dari jalanMu, Ya Allah. Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima teguran yang baik. Engkau terangilah hatinya daripada terus berfikir bahawa setiap tindakannya itu betul Ya Allah Ya Robbi.
Ana mohon, Engkau berikanlah juga kesabaran kepada diri ana juga sahabat-sahabat ana yang lain dalam menghadapi masalh ini. Engkau permudahkanlah jalan kepada kami untuk menyelesaikan masalah ini. Ya Allah, Engkau berikanlah petunjuk kepada kami untuk menyelesaikan masalah ini dengan jalan yang terbaik. Ana rindu dan inginkan sahabat ana yanng dulu...
Amin Ya Robbalalamin..

Tuesday, 24 July 2012

Adakah ini satu UJIAN???

Jujur ana cakap hati ana rasa lain apabila mereka tidak begitu menggalakkan ana untuk pergi ke SMAP Kajang. Ana menangis tanpa ana sedar. Ana sendiri tidak pasti apakah keputusan yang patut ana lakukan. Ana rasa hati ana lebih berat untuk pergi ke SMAP Kajang dan meninggalkan sekolah ana sekarang. Ana buntu sangat. Ana ingin sekali melakukan istikharah tetapi masa tidak mengizinkannya. Ana sedih sekali. Ana harap ada yang sudi membantu ana untuk membuat keputusan dengan kadar yang segera..

Monday, 23 July 2012

Berikanku Petunjuk

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini apabila ana pulang dari sekolah, ana dikejutkan dengan satu berita yang betul-betul ana tidak sangka. Ana mendapat surat yang mengatakan bahawa ana diterima di SMAP Kajang. Ana tak tahu mahu sedih atau gembira dengan berita ini. Sungguh ana buntu. Apa ini jawapan bagi masalah yang sedang ana hadapi? Apakah ini jawapan bagi doa ana sebelum ini?


InsyaAllah mungkin esok ana akan minta pendapat ustaz ana. Apabila ibu ana meminta pendapat teman-teman, semuanya memberikan respon yang bagus. Ya Allah semoga perbincangan ana dengan ustaz esok akan membantu ana untuk membuat keputusan selain melakukan istikharah. Amin..

Friday, 13 July 2012

Indahnya Sabar

Ya ALLAH...
Janganlah Kau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah Kau bebankan kepada orang sebelum kami.

Ya ALLAH...
Janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.

Ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami...
Surah Al-Baqarah: 286

Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-NYA. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA?

Jangan jadikan pandangan mata ini
seperti mata lalat
yang hanya mencari sesuatu
yang busuk dan buruk
yakni yang hanya melihat keburukan
dan kesalahan orang lain
Jadikanlah pandangan mata ini
seperti mata lebah
yang hanya memandang kewangian
dan keindahan
yakni yang memandang kebaikan orang lain
sehingga melupakan
keburukan orang lain...


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu."
Surah Al-Baqarah: 216

     Jiwa seorang hamba tidak pernah terlepas daripada ujian. Berbeza diri seseorang, berbeza pula ujian yang dihadapi. Ada orang yang diuji pada harta mereka. Ada pula yang diuji pada tubuh badan. Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan, semuanya adalah tanda bahawa itulah kasih sayang ILAHI.

     Nabi Ayub diuji dengan kesakitan dan kepayahan. Nabi Isa diuji dengan kemiskinan. Nabi Sulaiman dengan kekayaan tetapi mereka tetap bersabar. Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w yang diuji dengan pelbagai rintangan ketika berdakwah. Namun, kesabaran mereka begitu luar biasa.

     Janji ALLAH adalah pasti. Sebagaimana ALLAH menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian, sebagaimana ALLAH menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan, begitu juga janji-NYA bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka telah beriman selagi tidak diuji. Suka atau tidak, pasti ujian itu akan hadir.

     Mereka yang sabar pasti dapat menghadapinya. Tidak kurang juga ada yang terkandas dan tergelincir. Ada yang berputus asa, lantas mudah dirasuk perasaan untuk memusnahkan diri. Ada pula yang lebih teruk sehingga menyalahkan ALLAH kerana menurunkan ujian sebegitu.

     Sering kali diungkapkan bahawa kesabaran adalah kunci kejayaan. Namun, ujian tidak pernah berhenti. Ada orang yang berjaya bersabar ketika susah tapi terjatuh apabila diuji dengan kesenangan. Ada orang yang berjaya dalam melakukan perintah ALLAH tapi hilang punca ketika diuji dengan musibah. Maka, masihkah ada kesabaran?

     ALLAH S.W.T berfirman, "Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah) dalam menyempurnakan sesuatu perintah TUHAN dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang yang sabar."
-Surah Al-Baqarah: 153

     Malah, ALLAH sendiri memuji perkataan sabar dengan menyatakan bahawa kesabaran itu adalah cantik. Lebih menarik, al-Quran juga merakamkan kepada kita kisah-kisah kesabaran para Nabi dan Rasul dalam menghadapi pelbagai ujian sehingga digelar sebagai Ulul Azmi, iaitu yang banyak sekali ujiannya.

     Begitu juga ALLAH S.W.T letakkan kepada kita kesabaran yang tinggi, diuji dengan pelbagai dugaan. Kita perlu faham bahawa ujian ini bukan setakat berbentuk kesusahan dan musibah. Ujian ALLAH S.W.T datang dalam pelbagai bentuk. Semua itu adalah tanda kasih dan sayang ALLAH kepada hamba-NYA.

     Hidup ini sememangnya dipenuhi ujian. Itulah hakikat yang tidak pernah dapat kita pisahkan. Di sebalik berbezanya manusia, berbeza ujiannya, begitu juga berbeza pula cara kita memandang ujian tersebut.

     Ya, di sinilah warnanya hidup ini. Setiap perbezaan dalam menerima ujian itulah yang mewarnai kehidupan di dunia. Bukan setiap masa kita diuji dengan kesusahan. Bukan juga setiap masa kita diuji dengan kesenangan. Bahkan ada masa dan ketikanya, kita tidak pernah menjangka akan berlaku ujian sebegitu rupa. Ada kala kita sendiri mungkin terlupa bahawa diri sedang diuji.

     Ketika diri diuji, kita tertanya-tanya, mengapa perlu diuji? Mengapa ketika orang lain senang, kaya dan bahagia, kita pula yang berdukacita. Ketika kejujuran yang dipersembahkan, kita pula menjadi mangsa dek kesilapan orang lain. Mereka berbahagia, bergelak ketawa sedangkan kita pula berduka lara dan berlinangan air mata. Apakah itu tanda bahawa ALLAH tidak sayangkan kita?

     Hakikatnya, dunia tidak pernah sunyi dengan mereka yang bermandi air mata dalam menghadapi ujian. Perit, jerih dan pedih terpaksa dikesampingkan malah terus gagah melayari kehidupan walau diri dihimpit ujian. Kekuatan diri itu pasti berpunca daripada keyakinan bahawa ALLAH tidak pernah meminggirkan kesabaran setiap hamba-NYA. Ujian yang dilalui bukanlah sia-sia.

     Itulah janji ALLAH. DIA tidak akan menguji hamba-NYA dengan sia-sia. Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan, kesenangan, musibah atau kesakitan, ALLAH lebih mengetahui mengapa kita diuji. Malah, Allah menegaskan agar jangan mengharap kepada syurga selagi belum diuji. Ujian itu boleh jadi berbentuk kelaparan dan kesusahan. Tidak kurang juga berbentuk kesenangan. Matlamatnya? Agar ALLAH tahu siapakah dalam kalangan hamba-NYA yang paling terbaik amalan.

     Benar. ALLAH tidak sebut siapa yang paling banyak amalannya. Tapi, ALLAH menyebut siapakah yang paling terbaik amalannya. Apabila disebut sahaja iman, ALLAH pasti akan menguji kita. Oleh kerana itu, ALLAH berpesan, jika belum datang ujian, janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga. Di sinilah, kita memerlukan kepada kesabaran.