Tuesday, 20 November 2012

Wahai Sahabat, PULANGLAH...

Assalamualaikum... Sudah lama betul ana tidak menyapa blog ana. Mungkin kerana tugas sebagai seorang pelajar membuatkan diri ana agak sibuk. Ana rindu sekali untuk bercerita dan meluahkan segala-galanya di sini. Sepanjang 4 bulan ana tidak bercerita di sini, banyak perkara yang telah terjadi. Suka mahupun duka. Hari ini ana ingin bercerita semuanya untuk berkongsi dan menenangkan hati ana dari segala kekusutan yang melanda diri.

Kisah pertama yang ana ingin kongsikan tentu sekali mengenai sahabat ana yang ana kasihi kerana Allah. Hubungan ana dengan dia semakin lama semakin menjauh. Dia sibuk dengan halnya. Ana sibuk dengan hal ana. Dirinya juga telah banyak berubah. Ana seolah-olah tidak mengenali lagi dirinya. Segala tingkah lakunya bukan seperti sahabat ana yang ana kenal dulu. Kata-kata dan nasihatnya juga sekarang ini tidak lagi selembut dan semanis dulu. Kebanyakkan kata-katanya sedikit sebanyak mengiris hati ana ibarat belati yang tajam.. Alhamdulillah setiap nasihat baiknya dulu ana ikut. Tetapi ana semakin tidak mengerti apabila dia sendiri mendustai nasihat dan kata-katanya. Ana masih berpegang dengan kata-katanya agar lebih menjaga diri daripada mudah terbuai dengan rayuan lelaki. Tugas ana sebagai seorang pelajar adalah untuk menutut ilmu Allah. Dahulunya juga dia mengatakan tidak mahu lagi masuk campur urusan ana dengan sahabat lelaki ana. Sekarang lain pula jadinya. Dia lebih berpihak kepada lelaki itu. Dia juga sanggup melibatkan ibu ana dalam hal ini dengan memberi nombor ibu ana kepada lelaki itu tanpa pengetahuan ana dan juga ibu ana. Jujur, ana terkilan dengan kata-katanya. Akhirnya dia sendiri mengaku tindakannya. Ana cuba berbincang sebaik-baiknya dengan bertanyakan sebab dia melakukan seperti itu. Alasannya adalah untuk menjaga habluminannas antara kami. Dia juga minta maaf pada ana dan juga ibu. Ana maafkan dia kerana sebagai seorang muslim memaafkan seseorang itu lebih baik daripada menyimpan dendam yang tidak tahu arah titik noktahnya.. Walau bagaimanapun, apa yang diucapkannya bukanlah sebab bagi ana tapi ianya alasan. Dia, yang lebih banyak ilmu agama berbanding diri ana yang kerdil ini seharusnya lebih bijak dalalm membuat keputusan. Kalau betul dia ingin menjaga habluminannas antara kami, sepatutnya dia tidak melayan lelaki itu. Bukan maksud ana untuk memutuskan tali silaturrahim yang telah terjalin tetapi lelaki itu mempunyai maksud yang lain. Lelaki itu tidak menganggap ana hanya sekadar sahabat. Lelaki itu juga masih ingin membangkitkan masalah yang sememangnya sudah selesai. Sahabat ana itu sendiri sudah tahu perihal lelaki itu. Bukankah lebih baik mencegah lebih awal daripada berlaku zina??? Ana semakin tidak mengerti dengan tindakan yang dilakukan...

Alhamdulillah mujur ana masih lagi mempunyai sahabat-sahabat lain yang membantu ana. Mereka juga terasa hati dengan sahabat ana yang seorang ini. Satu perkara yang paling mengejutkan ana tentang dia ialah dia sudah berani bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Hal ini ana ketahui daripada sahabat ana, F dan M. Sepulangnya daripada latihan kawad, dia dan M menumpang F. Mereka telah menghantar dia terlebih dahulu. Sebelum keluar kereta, dia telah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bapa F. Rakanku yang lain juga terkejut dengan tindakannya. Apa alasan sebenar dia lakukan seperti itu? Kenapa dia sudah jauh berubah daripada dirinya yang dulu? Semenjak dia sudah mempunyai telefon bimbit yang baru juga, dia sudah lebih banyak bersosial. Dia sering online Facebook, Twitter dan WhatsApp. Selepas ana berbincang dengannya tentang tindakan memberikan nombor ibu ana itu, dia terus mengupdate status di twitter. KAta-katanya itu menguji kesabaran ana. Ana sedih sekali kerana dia sanggup berburuk sangka dengan ana sedangkan sebelum itu dia sudah bersedia untuk menerima sebang teguran..

Ya Allah, Engkau tolonglah berikan petunjuk kepada sahabat ana. Ana hormati dirinya kerana dialah merupakan salah satu pendorong untuk ana berubah kepada jalan yang lebih baik.. Ana tidak ingin dia tersasar dari jalanMu, Ya Allah. Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima teguran yang baik. Engkau terangilah hatinya daripada terus berfikir bahawa setiap tindakannya itu betul Ya Allah Ya Robbi.
Ana mohon, Engkau berikanlah juga kesabaran kepada diri ana juga sahabat-sahabat ana yang lain dalam menghadapi masalh ini. Engkau permudahkanlah jalan kepada kami untuk menyelesaikan masalah ini. Ya Allah, Engkau berikanlah petunjuk kepada kami untuk menyelesaikan masalah ini dengan jalan yang terbaik. Ana rindu dan inginkan sahabat ana yanng dulu...
Amin Ya Robbalalamin..

No comments:

Post a Comment