Assalamualaikum semua..
Sudah lama ana tak berkongsi
cerita, mencoretkan segala kisah hidup ana di sini. Selama setahun, sudah
banyak perkara yang terjadi.
Pertama sekali,
awal bulan Januari, atuk kesayangan ana sudah meninggalkan kami semua. Pemergiannya
begitu memberikan kesan yang amat besar dalam hidup ana. Sudah tiada lagi insan
yang selalu menasihati ana dengan cara yang begitu berkesan. Tiada lagi gelak
ketawa darinya. Walau bagaimanapun, ana tetap menggagahkan diri ana untuk terus
berjuang, berusaha menjadi seorang insan yang berguna. Ana juga berjanji ingin
berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan impian arwah atuk untuk melihat
ana berjaya dan mencapai cita-cita ana. InsyaAllah…
Alhamdulillah ana juga telah jujur dengan semua sahabat ana. Jujur
mengenai segala yang ana pendam sendirian selama ini. Syukur sangat kerana
mereka dapat menerimanya. Tetapi, ada juga perlakuan mereka yang menyinggung
perasaan ana. Perlakuan yang seolah-olah mengabaikan ana sebagai seorang
sahabat. Y, I, dan W… Mereka telah mula merahsiakan sesetengah perkara
dari kami semua. Ana pun tidak faham kenapa mereka berkelakuan seperti itu. Ana
cuba berbaik sangka kerana ana tidak mahu silaturrahim antara kami putus hanya
disebabkan salah faham. Ana selalu bersabar.
Mereka telah buat group dalam WhatsApp hanya untuk mereka bertiga.
Hanya untuk mereka menceritakan segala rahsia. Jadi, apa gunanya
kami:sahabat-sahabat yang lain??? Ana sedih kerana perbuatan mereka. Y pula.. entahlah. Ana rasa seolah-olah dia bukan lagi sahabat yang ana kenal dulu.
Dia telah mula berkawan dengan rakan yang lain. Bukan ana hendak
menghalang dia untuk memulakan silaturrahim yang baru tetapi apakah wajar
tindakannya itu sehingga melupakan kami yang sudah lama menjadi sahabatnya? Dia
lebih mengutamakan mereka. Ana amat kecewa. Ana juga dapat merasakan bahawa dia
cuba untuk bersosial. Cuba untuk menyesuaikan dirinya dengan mereka. Ana pun
cuba. Ana cuba sebaik mungkin untuk bergaul dengan mereka. Menyesuaikan diri
dengan mereka. Tetapi walau macam mana sekalipun ana cuba, ana masih tidak
boleh.
Ana tidak boleh kerana ana tidak selesa dengan cara mereka. AJK dinner
form 5 hari tu ada plan nak hangout together sebab duit dinner yang sponsor
dulu ada lebih. Mereka plan nak pergi
Gambang. Apa yang mengejutkan ana, Y bersetuju. Ana tak cakap perkara itu
salah. Tetapi bagi ana personally, ana tetap tak selesa sebab cara pergaulan
mereka yang ana tak berapa selesa. Bagi ana, they are too exposed and
open-minded. The words that they are using are also a bit harsh for me. Lagi
satu, trip yang mereka rancang ini, ada pelajar lelaki yang ikut. Ana cuba
berfikir yang maybe ada gunanya lelaki pergi, untuk jaga keselamatan
pelajar-pelajar perempuan. Tetapi hati ana selalu menidakkan apa yang mereka
lakukan. Sebab ana tak begitu percayakan lelaki-lelaki macam mereka. Because I
know that some of them are couple. And I am too scared of what is going to
happen. What I mean is cara pergaulan mereka. Ana bercakap seperti ini because
I’ve seen them before. Jadi niat ana hanya nak mengelakkan diri ana daripada
terlibat dengan situasi macam tu. Dan ana yakin, ibu dengan ayah ana pasti
tidak mengizinkan ana.
Sekarang baru ana sedar, selama ini ana selalu rasa seolah-olah
dikongkong. Ana pun pernah rasa yang I’ve always been treated like a child.
Tapi, semua itu sebenarnya sebab mereka nak melindungi ana. Ana bersyukur
sangat sebab dikurniakan ibu bapa yang prihatin seperti mereka. Now I realised
that they just want the best for me. Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau telah
mengurniakan mereka.
Dan sekarang ni ana dah habis SPM. Maybe lepas ini ana kerja dengan
ayah ana sementara tunggu result keluar. Dan dalam masa yang sama ana cuba
untuk memperbaiki diri ana untuk menjadi yang lebih baik. Mungkin ini adalah
masanya untuk ana mencari semula diri ana yang sebenar yang sudah lama hilang
sejak ana masuk sekolah menengah. Ya, ana amat merindui diri ana yang dulu.
Ana masih ingat dulu, balik dari sekolah ana akan selalu riuh.
Kemana-mana ana pergi pun mesti ana akan senyum. Ana pun tak takut untuk
bersuara. Pendek kata I am a happy-go-lucky person. Ana pun dulu mudah untuk
menerima orang dalam kehidupan ana. Ana dulu berani untuk bercakap di hadapan
orang. But now, I am just too scared to talk. Entah, mungkin sebab setiap kali
ana nak bercakap sudah ada orang lain yang hendak bercakap atau bercakap untuk
ana. And because of that I always think that maybe it is good for me to just
listen daripada semua orang nak bercakap but no one there yang nak dengar. Kadang-kadang
terusik juga dekat hati ana ini “Am I a good listener?”
InsyaAllah sepanjang tiga bulan cuti ini, ana akan cuba mencari diri
ana yang sebenarnya. I don’t want to be scared anymore to go out there dan
tempuh dunia luar. Ana nak beranikan diri ana untuk hidup di dunia luar sana
yang cabarannya lagi besar berbanding zaman sekolah. I just need to find that
strength. Dan sebagai permulaannya, the one and only strength yang tak akan
meninggalkan ana dengan izin Allah is my family…
No comments:
Post a Comment